Ahlan Wa Sahlan

Where there is love, there is life... entry yang telah di post akan ditarik balik bagi proses baik pulih.

Where there is love, there is life- Akan kembali dengan plot dan jalan cerita yang ditukar sedikit. Harap masih boleh buat anda terhibur :)

update;

Sayang Khadijah #4
A Pair Of Glasses-Special Part2

mail : izziefadh@gmail.com

Updated on 16 Feb 2012 M

-Applehijau -

Monday, March 12, 2012

Sayang Khadijah #5


Khadijah hampir sahaja terlanggar satu susuk tubuh yang tegap yang ketika itu baru hendak masuk ke dalam kedai itu untuk membeli coffee yang terletak berdekatan dengan pejabatnya. Itu juga rutin hariannya sebelum masuk pejabat tapi tidaklah hari-hari dia membeli coffee, kerana coffee ada kesan sampingan. Dia selalu beli roti di situ. Roti di sana sangat digemari Khadijah.

"Maaf" Ucap Khadijah setelah hampir terlanggar insan dihadapannya. Nasib dia memegang cawan kertas itu dengan cermat kalau tidak pasti sudah tumpah ke baju insan itu.

"Tidak mengapa." Bicara insan dihadapannya itu.

"Encik Nathan?" Teka Khadijah, waktu dia bertemu dengan Encik Nathan hari tu secara formal, dia berpakaian kemas. Tapi pagi ini hanya t-shirt tanpa lengan dan seluar sukan.

"Khadijah?" Teka Nathan pula kali ini. Dia memberi segaris senyuman kepada Khadijah.

Khadijah hanya mengangguk. Mengiakan tekaan Nathan. Bagi Nathan dia tidak susah mengenali Khadijah kerana Khadijah bukan seperti wanita lain di sini. Khadijah bertudung, dan berpakaian menutup aurat dan tidak menjolok mata tidak seperti Maria, setiausaha Khadijah itu.

"Tuggu seketika, saya hendak beli secawan coffee dahulu." Arah Nathan tidak membenarkan dia pergi terlebih dahulu. Jadi Khadijah hanya menunggu di luar kedai tersebut memandangkan kedai itu agak ramai dengan pengunjungnya.

"Khadijah, jom" Bicara Nathan yang sedang membawa secawan coffee. Khadijah hanya mengikuti Nathan menuju ke bangunan pejabat mereka.

"Dah berapa lama awak tinggal di sini?" Tanya Nathan bagi mengelakkan jurang terlalu dalam kerana tidak bercakap ketika berjalan menuju ke pejabat.

"Sebelum ini saya belajar di England. Sambung belajar dalam master. Syarikat kita la yang tanggung pembelanjaan pembelajaran saya di England. Adalah juga adalah dua setengah tahun lebih saya tinggal di England. Selepas habis belajar, saya buat part time job dengan syarikat kita juga. Lepas setahun, syarikat menawarkan saya kerja di sini, jadi saya mengambil keputusan untuk menerima tawaran itu." Cerita Khadijah mengenai dirinya.

Dengan slip gaji bekerja sambilan itu juga dia guna untuk membuat pinjaman bank bagi beli rumah di sini. Walaupun sambilan, gajinya agak tinggi. Semua keluarganya tidak tahu yang selama satu tahun dia tidak bekerja di kampung sebenarnya dia bekerja. Umi dengan abah tidak bertanya pun mengenai rumah yang dia beli di sini. Mungkin menganggap anak dia seorang ini boleh berfikiran matang dan tahu mana baik dan buruk, oleh itu mereka percayakannya.

"Oh, jadi awak tinggal sendirian?" Tanya Nathan lagi ingin mengenali Khadijah dengan lebih rapat.

"Tak la, dengan ibu bapa kesanyangan saya. Saya bawa mereka untuk tinggal bersama saya di sini." Jawab Khadijah jujur.

"Nice, satu hari boleh awak bawa saya jumpa dengan ibu bapa awak?" Tanya Nathan tanpa segan silu.

Riak muka Khadijah sudah berubah. "Bagi saya fikirkan pasal itu terlebih dahulu." Lalu terus meneruskan perjalanannya tapi kali ini sengaja di lajukan langkahnya. Pipinya sudah bertukar merah.

Nathan hanya tersenyum melihat gelagat Khadijah. Makin cantik. Puji Nathan jujur dalam hatinya. Nathan berlari anak menghampiri Khadijah, tapi langkah Nathan lagi besar berbanding Khadijah. Oleh itu, mereka kembali jalan bersama.

Tapi pujian Nathan di dalam hati itu ada benarnya, Khadijah tinggi, badan tidak terlalu kurus, bentuk badan malah wajahnya berbentuk bujur yang sederhana, warna kulitnya juga tidak terlalu cerah. Sangat natural. Ciri-ciri itu semua ada pada model pada zaman kini. Jadi tiada keraguan jika ramai yang meminati Khadijah. Tapi bagi Khadijah, dia lebih kepada hubungan selepas kahwin.

Selepas tiba di pejabat dia dan Nathan membawa haluan masing-masing. Khadijah terus ke ruangannya, manakala Nathan menukar pakaian terlebih dahulu. Sebenarnya dia baru sahaja selepas berjoging ketika hendak membeli coffee tadi.

Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang melihat mereka berjalan bersama menuju ke pejabat.

Sebelum memulakan kerja Khadijah terlebih dahulu membersihkan ruangannya itu. Dia sudah berpesan kepada tukang cuci agar tidak mengemas ruangannya. Bagi dia, dia yang seleraknya kenapa mesti suruh orang buat. Itu prinsip Khadijah, jika sesuatu perkara itu terjadi kerananya, dia akan menyelesaikannya sendiri.

Sudah sebulan masa berlalu sejak Nathan membuktikan bahawa pandangannya terhadap bajet yang tinggi itu salah. Hari ini semua perkara akan selesai, pada pukul 10 pagi nanti sudah boleh segala urusan pengeluaran wang. Tapi bagi bajet yang besar, dia menghadkan pengeluaran. Tapi tidak perlu dirisaukan kerana syarikat ini sangat kukuh. Lagi pun, banyak projek yang sudah siap. Oleh itu boleh cover berbelanjaan untuk projek ini lebih sikit memandangkan keuntungan yang syarikat boleh dapat berganda-ganda dari apa yang dilaburkan kini.

*****

"Maria, maaf sebab mengganggu kamu. Kamu tahu di mana bilik Encik Nathan?" Tanya Khadijah kepada Maria yang sedang asyik membuat kerjanya.

"Di tinggat 17. Lepas itu, Cik Khadijah boleh tanya reception di sana." Jawab Maria.

"Terima Kasih Maria. Jumpa kamu nanti." Maria hanya menghantar Khadijah dengan pandangan mata sehingga Khadijah hilang disebalik dinding.


Kaki dilangkah keluar dari lif yang dinaikinya sebentar tadi. Dia memagang kemas fail yang dia bawa bersama. Kaki melangkah menuju ke arah reception. Kelihatan seorang wanita sedang sebok menjawab panggilan. Khadijah hanya berdiri dihapadan tanpa memulakan bicara sehingga wanita itu memutuskan panggilan.

"Ye, boleh saya bantu?" Tanya wanita itu setelah ganggang telefon di tempat asalnya kembali.

"Saya ingin berjumpa dengan Encik Nathan." Jawab Khadijah sambil memberi senyuman kepada wanita itu.

"Cik ni, Cik Khadijah ke?" Tanya wanita itu kepada Khadijah.

"Ye saya, Khadijah." Mengiakan anggapan wanita itu.

"Cik boleh terus pergi ke bilik Encik Nathan. Dia ada pesal kalau Cik Khadijah datang boleh terus benarkan cik ke biliknya." Bicara wanita itu.

"Oh, di mana biliknya?" Tanya Khadijah.

"Cik jalan terus lepastu cik belok kanan. Bilik yang hujung sekali itulah bilik Encik Nathan." Terang wanita itu akan lokasi bilik Encik Nathan.

Khadijah berjalan menuju ke bilik yang dimaksudkan oleh wanita itu dengan langkah yang tertip. Setelah sampai di hadapan pintu bilik yang di maksudkan oleh wanita tadi, Khadijah mengetuk pintu terlebih dahulu lalu membuka pintu tersebut.

Nathan yang terdengar pintu di tekut dan dibuka terkejut. Wanita yang berada di biliknya juga cepat-cepat bangun dari duduk di atas peha Nathan.

"Ann kan saya cakap tunggu saya cakap boleh masuk baru awak masuk." Bicara Nathan, tetapi mata masih membetulkan pakaiannya tidak melihat ke pintu.

"Tak tadi wanita kat reception tu cakap boleh masuk je." Jawab Khadijah. Khadijah melihat wanita yang berdiri disebelah Nathan itu sedang membetulkan butang bajunya. Bukan dia tidak nampak yang wanita itu tadi duduk ke atas peha Nathan. Tapi dia buat-buat tak nampak.

Nathan sudah mengangkat muka dari membetulkan bajunya setelah memastikan bajunya kembali kemas. Tapi alangkah terkejutnya bila dia lihat dihadapannya kini adalah Khadijah.

"Awak boleh pergi." Katanya kepada wanita yang tidak dikenali oleh Khadijah itu.

Setelah wanita itu pergi, suasana sunyi beberapa saat.

"Sila duduk." Pelawa Nathan mematikan kesunyian.

"Tak mengapa. Lagi pun saya nak hantar fail dan saya dah luluskan bajet yang awak minta tu. Semua syarat pengeluaran duit dan cek ada saya sertakan di dalamnya. Harap Encik Nathan faham." Setelah di terangkan tujuannya yang sebenar dia berlalu keluar dari bilik itu tanpa meminta diri terlebih dahulu.

Tapi langkah Nathan lebih laju. Oleh itu Nathan sempat berdiri di hadapan pintu untuk menghalang Khadijah dari keluar dari biliknya.

"Encik, apa awak buat ni?" Tanya Khadijah cemas. Ya Allah, kau lindungilah aku. Doanya dalam hati.

"Perempuan tadi tu...." Nathan cuba terangkan kepada Khadijah tetapi Khadijah memotong kata-katanya.

"Tak mengapa, tak perlu terang apa-apa. Saya tak perlu tahu dan tak nak tahu." Bicara Khadijah. Setelah itu dia menolak Nathan ke tepi agar dia boleh membuka pintu bilik itu.

Keluar sahaja dari bilik itu, Khadijah merasa lega. Lalu dia beristighfar kerana melihat maksiat. Ini la antara dugaan bila bekerja di negara bukan Islam.

Sampai sahaja di meja Maria, sempat Khadijah berpesan. "Saya tidak mahu diganggu." Maria yang mendengar arahan itu hanya mengangguk.

*****

"Haish, apa aku dah buat ni?" Tanya Nathan kepada dirinya.

"Eh, itulah aku." Jawabnya pada dirinya sendiri.

"Itu perkara biasa." Ucapnya lagi selang beberapa saat.

Selang beberapa saat, "Tapi kenapa aku rasa sebersalah? Kenapa aku buat macam tu tadi? Kenapa nak terangkan?" Nathan keliru.

Fail yang diberi oleh Khadijah tadi diselak. Tapi dia tetap tidak merasa tenang. Butiran yang tertulis di dalam fail itu tidak satu pun masuk ke dalam otaknya. Dia mengeluh. Kena jumpa juga! Dia membuat keputusan. Fail di tutup lalu diletakkan di atas meja.

----------------------

Agak lama saya tak post new entry kan?
Walauapapun, semoga terhibur dan terima kasih kerana sudi baca.
Lagi berterima kasih kalau anda komen :D
Happy holidays to budak-budak sekolah. Gunakan cuti sekolah ini dengan benda yang berfaedah okay?

No comments: